Tuesday, September 21, 2010

Petanda Dilamun Cinta

  • Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian kamu sudah mula merinduinya…





  • Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali… Seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan mu :-)





  • Bila bersama dengan si dia kamu berjalan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat tujuan… Ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.





  • Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia. Malu-malu kucing gitu…





  • Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju… Mengalahkan kereta F1 gitu…





  • Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia… Mungkin lewat telefon atau walaupun di sebalik tembok… Mana tau sekolah si dia berjiran dengan sekolah kamu :-D





  • Ketika kamu melihat dia tiada wajah lain lagi yang kamu lihat di sekeliling mu… Hanya dia dia dan dia… Isshhhy, kronik sudah ni…..





  • Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental sambil membayangkan wajah si dia… Lagu Ayat-ayat Cinta pun di layan eh…





  • Kamu hanya memikirkan tentang dia saja… Siang malam… "Jangan lupa makan minum tidur dah la yer"… Haha.





  • Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu… Seolah-olah di mana saja kamu pergi bau itu menemani kamu membuat kamu semakin merindui dia…





  • Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak mu…





  • Kamu sanggup lakukan apa saja untuk si dia… Eheemm… Ingat jangan sampai menyalahi hukum agama okay…





  • Ketika kamu membaca post ini… Hanya wajah dia saja yang bermain di benak mu… Hah, dia la orangnya yang kamu cinta tu :-)
  • No comments: